Ok, anda masih belum ada idea!

Jangan risau, kami akan bantu anda!

Anda kini berada di tempat yang betul untuk membina langkah menjana wang dari internet.

Sebelum kita pergi lebih jauh, biar kami terangkan kepada anda kefahaman asas peluang yang ada dalam internet.

  1. Peluang buat bisnes
  2. Peluang Buat Duit

Peluang Buat Bisnes

Buat bisnes bermaksud anda membina perniagaan yang berdaftar dengan SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia). Anda mempunyai produk/servis atau menjual produk/servis orang lain.

Dengan jumlah pengguna internet yang ramai, anda boleh sebarluaskan iklan berkaitan bisnes anda. Dari situlah anda akan menerima pelanggan dan mula jana duit dari jualan produk atau servis yang anda tawarkan.

Peluang Buat Duit

Dalam internet, terdapat jutaan orang dan syarikat yang menjalankan bisnes. Mereka ingin memudahkan kerja-kerja mereka seperti buat iklan, marketing dan sebagainya dengan buka peluang kepada orang ramai untuk buat perkara tersebut dan mereka akan berikan komisen.

Jadi anda boleh jana duit dari produk yang mereka sediakan. Contohnya mereka jual produk dan buka peluang untuk anda jadi agen. Anda boleh daftar. Ada yang percuma, ada yang berbayar. Selepas sudah jadi agen yang sah, anda boleh mula mengiklankan produk2 mereka. Setiap jualan yang terhasil, anda akan dapat komisen.